Siapalah aku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku aku tidak pernah kecewa Kata-katamu bak
mutiara Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu Terselindung secebis kasih
seorang Ibu terhadap anaknya... ku pasti setiap nasihat itu adalah
untuk kebaikan diriku... Mengajarku Arti sebuah kehidupan
Ibu….
aku telah banyak berdosa kepadamu Dapatkah aku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai Yang telah menyabung nyawa demi
melahirkan diriku Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
aku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia Disamping keluarga tercinta...